Nadhirah Aqilah
Thursday, 18 April 2013
Tuesday, 28 August 2012
Bersenam...bersenam!!
Bersenam? berapa orang yang bersenam?
A) Setiap hari
B) 2 kali seminggu
C) 4 hingga 5 kali seminggu
D) Sekali seminggu
E) Langsung tak pernah
Haaaa..jawab..jawab..
pernah tak korang terfikir, kenapa kalau pergi jumpa doktor, antara ayat feveret doktor
jaga makan dan jangan lupa bersenam
tapi, ada tak doktor cakap, kenapa pentingnya bersenam? aku tak salahkan doktor kalau doktor tak beritahu kenapa pentingnya bersenam. kalau doktor terang satu persatu kenapa pentingnya bersenam, mau sorang pesakit makan masa 3 jam woooo....tak pasal-pasal, pintu bilik doktor kena baling dengan kasut sebab pesakit ramai yang dah menunggu.
ok
di sini, saya senaraikan beberapa faedah kesihatan kepada kita semua apabila kita bersenam
Faedah Kesihatan Aktiviti Larian
1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Larian yang teratur dapat mengurangkan kemungkinan mengalami serangan jantung dengan lebih daripada 50%.
2. Mengurangkan risiko kencing manis
Ia juga terapi yang mudah dan senaman yang sihat bagi orang-orang yang menangani penagihan bahan manis dan membantu dalam pencegahan penyakit yang berkaitan.
3. Mengurangkan risiko strok dan kanser
Larian membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, payudara, prostat dan pankreas, serta kemungkinan paru-paru dan kanser endometrium
4. Meningkat sistem imun
Larian meningkatkan metabolisme dan sistem pertahanan badan anda dan melambatkan penuaan
Jadi bersenamlah selalu untuk kesihatan yang lebih baik.
'AN APPLE A DAY KEEP THE DOCTOR AWAY'
Subscribe to:
Posts (Atom)